BAHARU:
Feri dari Singapura
Pantai Desaru!
Sangat mudah untuk melihat mengapa populariti Tioman meningkat. Untuk satu perkara, permata pulau kecil ini diberkati dengan pantai bertaraf dunia, laut yang jernih dan mudah diakses
Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Looking for ferry tickets?Tripadvisor
Waktu Mersing:
 
Mersing Harbour Centre

Pulau Tioman















Home > Pulau Tioman

Tioman Island

Pulau Tioman


Menjadi salah satu pilihan destinasi yang terkenal di seluruh dunia, Pulau Tioman masih lagi berjaya mengekalkan suasana alam semulajadi yang memukau dan mempersonakan, bebas dari sebarang pencemaran alam, sama seperti 30 tahun yang lalu. Dengan air laut membiru, pasir pantai yang bergemerlapan seperti kristal, langit tanpa noda, taman taman baru karang yang pelbagai warna dan juga alam semulajadi yang dipenuhi dengan kehidupan liar.

Pada awalnya, Tioman pernah menjadi tempat persinggahan untuk pengembara dan pelancong dengan harga yang murah, tetapi kini, dalam masa beberapa tahun. Tioman telah menjadi tempat percutian pilihan yang menawarkan percutian resort mewah tetapi masih lagi mampu milik, sementara masih lagi mengekalkan ciri ciri pengembaraan seperti di dalam novel Robinson Crusoe.

Terdapat 10 kampong yang terdapat di Tioman, kebanyakan merupakan kampong Melayu yang bercorak tradisional dan antara kampong yang terkenal dan menjadi pilihan pelancong adalah Genting, Paya, Tekek, Ayer Batang (a.k.a. ABC) and Salang yang terletak di perairan barat Tioman. Manakala, satu- satunya kampong yang terletak di bahagian timur Tioman pula adalah Kampong Juara.

Resort di Tioman
Hotel eksklusif pertama yang dibangunkan di Tioman adalah Berjaya Resort di Tekek. Hotel lama ini telah menjalani beberapa siri baik pulih dan tetap juga menjadi antara pilihan utama pelancong pelancong kerana mereka masih mengekalkan ciri ciri tradisional dan memukau mata. Hotel ini juga memiliki hampir semua kemudahan jadi penginap hotel tidak perlu susah susah untuk keluar kerana segalanya sudah tersedia.

Klik disini untuk melihat pilihan tempat penginapan di Tioman yang boleh anda pilih.

Terdapat juga beberapa resort lain yang dibangunkan di sepanjang perairan pantai Tioman seperti Bagus Place, Japamala dan juga Tunamaya yang kini mengikut jejak langkah Berjaya Resort yang kini berjaya melakar nama dan menjadi pilihan pelancong pelancong asing.

Dengan pelbagai tempat penginapan yang ditawarkan oleh Pulau Tioman, pelancong kini mempunyai pilihan yang lebih luas, dari percutian bajet hingga ke percutian harga sederhana tetapi masih mampu milik. Kebanyakan daripada tempat penginapan tidak tersedia dengan restoran mereka sendiri, jadi adalah sangat penting untuk untuk ketahui tempat tempat makan di sekitar kampong di Tioman yang menyajikan makanan untuk memenuhi selera anda.

Selain itu, terdapat beberapa kedai runcit di sekitar Tioman dimana pelancong pelancong boleh memilih untuk membeli barang barang basah sekiranya mereka memilih untuk memasak sendiri.

Perubatan
Klinik Tioman 0(0)9-4191880
Hospital Mersing 0(0)7-799 3333

Bebas Cukai
Ingin berhibur dan ingin menikmati? Tioman turut menyediakan beberapa pub dan bar untuk anda meluangkan masa dan berhibur bersama rakan rakan anda. Lebih baik lagi, Tioman telah diwartakan sebagai kawasan bebas cukai jadi harga alkohol dan juga rokok adalah jauh lebih murah dari tempat tempat lain. Berikut adalah senarai senarai kedai bebas cukai yang anda boleh jumpa di Tioman.

Jangan lupa untuk bersederhana dalam berhibur!

Aktiviti Rekreasi di Tioman
Tidak disangkal lagi, aktiviti utama yang digilai ramai selain daripada menikmati pemandangan laut adalah selam skuba. Dikelilingi pantai dengan air yang jernih membiru, dengan pemandangan memukau mata, perairan pantai Tioman merupakan tarikan utama untuk mereka yang ingin berehat dan dekat dengan alam sekitar. Selain itu, aktiviti snorkeling juga menjadi pilihan untuk mereka yang ingin cabaran. Bagi yang memiliki anak kecil dan suka menikmati masa anda di kolam renang, anda bernasib baik kerana Tioman menawarkan pelbagai pilihan kolam renang disini untuk anda dan semestinya selamat.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk berenang secara bebas, memancing ataupun trekking di hutan, berkayak ataupun melompat pulau bagi mereka yang sukakan cabaran dan ingin lebih dekat dengan alam sekitar.

Spa dan Kesihatan
Jika anda lari ke Tioman untuk merehatkan diri, menikmati ketenangan dan lemas dalam dunia Zen yang menenangkan, anda telah datang ke tempat yang betul. Tioman menawarkan pelbagai pilihan pusat spa dan kesihatan yang boleh anda pilih.

Apa apa pilihan anda, kami yakin anda akan menikmati masa anda disini dan mengingatinya sebagai kenangan terindah anda.

Lebih maklumat tentang Pulau Tioman? Anda boleh beritahu kami dibawah...

  l   w




Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!