Kolam Renang di Tioman
Sekiranya anda memilih untuk berehat dan menikmati percutian dengan tenang dalam keadaan yang selamat, maka kolam renang merupakan pilihan yang tepat untuk anda, terutamanya untuk kanak kanak kerana kawasan pantai laut lepas mungkin sedikit berbahaya untuk mereka. Ramai juga golongan dewasa yang memilih untuk berehat dan berenang di kawasan kolam renang berbanding di pantai kerana ianya bersifat lebih santai dan anda boleh berenang dan bersenam dengan senang lenang.
Kolam renang merupakan pilihan yang tepat dan cari yang terbaik untuk anda menikmati percutian anda kerana bukan sahaja ianya boleh dijadikan sebagai kawasan rekreasi, anda juga boleh bersantai-santai dan berehat sambil menghirup minuman di hujung kolam yang lebih cetek airnya.
Anda juga boleh menikmati rehat anda di tepi kolam renang sambil membaca buku di kerusi santai, atau sekadar tidur seketika di bawah kabana ataupun berjemur dibawah sinaran matahari, kolam renang merupakan pilihan yang tepat untuk anda yang ingin merehatkan diri; secara mental dan fizikal.
Tidak semua hotel dan chalet di Tioman menawarkan kemudahan kolam renang jadi sekiranya anda ingin menempah tempat peranginan yang menyediakan kolam renang di sekitar Tioman, berikut di bawah adalah senarai cadangan hotel dan chalet yang anda boleh jadikan sebagai panduan.
- Japamala Resort
- Berjaya Resort
- Paya Resort
- Selesa Apartment Units
- Barat Beach Resort
- Tunamaya Resort
Selamat berendam dan berehat!