BAHARU:
Feri dari Singapura
Pantai Desaru!
Mencari maklumat mengenai feri ke Tioman? Mersing Harbour Centre adalah tempat untuk pergi untuk maklumat perjalanan feri Tioman, tiket feri, cenderamata dll
Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Looking for ferry tickets?Tripadvisor
Waktu Mersing:
 
Mersing Harbour Centre

Tiket Feri Tioman















Home > Ferry

Tiket Feri Tioman

Tiket Feri Tioman


Semenjak pembukaan Mersing Harbour Centre, sebarang proses pengutipan tiket terutamanya ke Pulau Tioman telah berubah.

Sebelum ini, tempahan tiket yang sudah ditempah secara online boleh diambil di kaunter Terminal Feri Tioman. Walau bagai manapun, sekarang, Mersing Harbour Centre telah menjadi rumah baru bagi pusat kutipan tiket feri, jadi anda boleh mendapatkan tiket feri anda di sini.

Setelah anda telah mengambil tiket anda di Mersing Harbour Centre, anda perlu pergi ke kaunter Bluewater Express untuk penyusunan dan pengumpulan tiket. (Untuk yang menggunakan perkhidmatan Cata, anda boleh pergi ke kaunter tiket Cata)

Setelah tiket feri anda diperiksa dan disahkan, anda perlu pergi ke kaunter pendaftaran penumpang yang terletak betul betul di sebelah kaunter Bluewater Express.

Kami mencadangkan agar anda memeriksa perjalanan feri anda terlebih dahulu secara alam maya bagi mengelakkan sebarang pembuangan masa. Walau bagai manapun, jika anda masih belum mendaftar masuk, sila pastikan yang pasport penumpang berada di tangan anda kerana ianya perlu diimbas terlebih dahulu nanti.

Proses pengimbasan ini adalah untuk memastikan segala maklumat tentang penumpang adalah lengkap. Setelah segalanya selesai, anda akan diberikan tiket pelepasan untuk menaiki feri.

Setelah pasport anda diimbas, anda perlu membayar Yuran Pemuliharaan bersama.sama dengan bayaran Toll Tioman di kaunter pembayaran.

Setelah Selesai pembayaran, anda boleh menghala ke pintu pelepasan yang terletak di terminal feri.

Oleh itu, saya ucapkan Bon voyage dan selamat bercuti :)

Catatan: Anda digalakkan untuk menempah tiket tempat duduk feri terlebih dahulu kerana air cetek di perairan Mersing bergantung kepada keadaan pasang surut air laut dan memberi kesan kepada waktu pelepasan feri untuk bertolak ke Tioman.

Laporan Cuaca
Untuk laporan cuaca umum berkenaan dengan feri ke Tioman atau jadual perjalanan feri, sila lihat Cuaca Tempatan.

Jadual Perjalanan Feri
Untuk maklumat tentang jadual perjalanan feri Mersing - Tioman - Mersing, sila tekan sini.

Borang pertanyaan

Adakah anda mempunyai pertanyaan mengenai Tiket Feri Tioman? Hantar ke sini...

  l   w




Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!