Selamat datang ke Mersingharbourcentre.com.
Pusat Pelabuhan Mersing, atau Mersing Harbour Centre, yang baru sahaja dibuka
merupakan hati dan jiwa apabila kita sebut tentang pelancongan di sini. Ingin pergi ke
Pulau Tioman dan mencari tiket feri ke sana?
Laman web ini merupakan sumber maklumat utama untuk anda terutamanya bagi
pelancong dan pengembara untuk yang mencari maklumat berkaitan dengan
pelancongan di Mersing.
Kami menyediakan juga maklumat tentang pulau-pulau di sekitar Mersing seperti
Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan pulau pulau yang lain di perairan
Mersing.
Mencari pulau indah umpama syurga dunia untuk lari seketika dari kerja dan
kesibukan kota? Anda boleh tengok senarai percutian di pulau, resort serta hotel yang
boleh membantu anda merancang percutian anda.
Ingin bermalam seketika di hotel-hotel Mersing sebelum bergerak ke pulau pilihan
anda pada awal pagi keesokan harinya?
Ataupun anda ingin pergi menyelam skuba dan lebih dekat dengan kehidupan laut di
Pulau Tioman? Anda boleh pilih dari senarai syarikat yang menawarkan perkhidmatan
menyelam skuba.
Selari dengan slogan Malaysia Truly Asia, Jom Mersingharbourcentre.com!
- Mersing Harbour Centre
- Jalan Abu Bakar
- Mersing, 86800
- Mersing, Johor
- Whatsapp / Telefon