| Dari Mersing, Mar 2023:
 |  |
Dari
Mersing,
Apr 2023
Dari
Tanjung Gemok,
Mar &
Apr
Pergi ke Kampung Mukut atau Kampung Juara? Klik
di sini.
Pro Tip: Tidak tahu jeti mana yang hendak dipilih semasa menempah feri anda?
Don't worry,
anda boleh memilih mana-mana jeti yang disenaraikan,
sebab feri selalu berhenti kat semua jeti.
Tioman mempunyai lima kampong yang utama dan kebanyakannya terletak di
perairan pantai barat Tioman.
Kampong Juara merupakan satu satunya kampong yang
terletak di bahagian Timur pulau. Mengetahui kedudukan kampong bagi hotel, resort
atau spa anda adalah sangat penting kerana anda perlu turun dari feri ke kampong
yang ditetapkan.
Lebih maklumat.
Kesemua destinasi feri akan diumumkan dan dimaklum terlebih dahulu jadi adalah
sangat penting untuk anda dengar dan memastikan di kampong mana untuk anda
turun daripada feri.
Tip: Sekiranya hotel atau resort anda terletak di Kampong Juara, anda perlu turun dari
feri di Kampong Tekek. Dari situ, anda perlu mengambil dan menggunakan
perkhidmatan teksi dengan lebih kurang 30 minit masa perjalanan.
Hubungi atau Whatsapp Midi Juara Taxi di 01365 34124. Midi akan membantu anda
untuk pergi ke resort anda di Kampong Juara.
Anda boleh klik pada pautan web dibawah untuk melihat contoh promosi hotel dan
resort yang terletak di kampong-kampong di Tioman.