
Tiket Feri Tioman
Pemandangan yang memukau mata dan indah menyebabkan Pulau Tioman menjadi
antara pilihan utama tempat percutian di dunia. Sejak beberapa dekad ini, nama Pulau
Tioman meniti di bibir bibir pelancong dari seluruh dunia dan popularitinya melonjak.
Uniknya Tioman, selain daripada pemandangan dan kecantikan pantainya terkenal,
pulau ini terletak agak jauh dari tanah besar Malaysia dan sedikit terasing, menambah
ciri ciri eksklusif dan seolah olah berada di pulau persendirian. Umpama Fantasy
Island, program tv zaman 80-an yang menceritakan tentang pulau impian tropikal
misteri, yang anda Cuma boleh jumpa di Pulau Tioman.
Dalam masa yang sama, Tioman senang untuk diakses dengan perkhidmatan feri
yang di tawarkan dari Mersing, yang merupakan pintu masuk terletak di perairan timur
Malaysia. Bagi yang mempunyai bajet lebih, perkhidmatan kapal terbang juga turut
disediakan.
Dari Singapura ke Tioman
Dengan jarak perjalanan lebih kurang 150 kilometer yang memisahkan Singapura dan
Tioman, ia memerlukan sedikit perancangan awal untuk sampai ke Tioman. Pertama
sekali, anda perlu melintasi sempadan negara di Woodlands yang boleh mengambil
masa sejam atau lebih dan selepas itu, baru anda boleh bergerak dari kompleks
imigresen ke Mersing.
Walaupun begitu, berita baik untuk anda kerana terdapat banyak pilihan untuk anda
ke Mersing dari Johor Bahru. Anda boleh menaiki bas dari Terminal Bas Larkin yang
mungkin agak mencabar bagi pelancong baru. Dengan harga bermodalkan RM20,
bergantung dengan pilihan bas anda, perjalanan hanya mengambil masa 2 hingga 3
jam, juga bergantung kepada syarikat bas dan jalan yang mereka pilih.
Teksi
Perkhidmatan teksi juga turut ditawarkan bagi memudahkan kerja anda. Anda boleh
pergi ke City Square Mall dan boleh ambil teksi di tempat perhentian teksi. Masa
perjalanan Cuma mengambil masa kira kira 2 jam dengan kos RM250, bergantung
kepada jenis kenderaan, jumlah penumpang dan juga barang. Sekiranya anda memilih
untuk menempah teksi lebih awal, and boleh dapatkan
disini.
Dari Kuala Lumpur ke Tioman
Jika anda ingin bergerak dari Kuala Lumpur untuk ke Mersing, terdapat beberapa
pilihan dan antaranya adalah dengan menaiki bas. Anda boleh memilih untuk
menempah bas mengikut masa pilihan anda termasuk bas lewat malam dan sampai
ke Mersing pada waktu awal pagi. Dengan ini, anda boleh meluangkan lebih masa di
Tioman dengan terus menaiki feri pada hari tersebut.
Jika anda memilih untuk menikmati perjalanan anda dengan lebih selesa, terdapat
juga perkhidmatan teksi yang boleh bawa anda dari Kuala Lumpur ke Mersing.
Perlu diingatkan, perjalanan dari Kuala Lumpur boleh mengambil masa lebih kurang 5
jam kerana Malaysia agak besar. Walau bagai manapun, Malaysia adalah negara yang
cantik, jadi anda masih boleh menikmati negara ini dan terkenal dengan makanan
yang sedap jadi anda boleh menikmati itu semua sepanjang perjalanan anda ke
Mersing.
Catatan: Berjaya sampai awal di Mersing sebelum feri bergerak ke Tioman adalah
sangat digalakkan. Ini kerana masa pergerakan feri ke Tioman adalah tertakluk
kepada keadaan pasang surut, keadaan air laut serta cuaca jadi ia boleh jadi agak
tidak tentu jadi tiada masa bergerak yang tepat. Lebih awal anda sampai ke Mersing,
keadaan akan menjadi lebih mudah untuk anda.
Tempah tiket bas ke Mersing disini:
Tempah tiket feri ke Pulau Tioman disini:
Dari Mersing - Feb 2025: ![]() | ![]() |
Dari Mersing, Mar - Apr
Dari Tanjung Gemok: N.A.,
[Tanjung Gemok = Teluk Gading]
Pergi ke Kampung Mukut atau Kampung Juara? Klik di sini.
Pro Tip: Tidak tahu jeti mana yang hendak dipilih semasa menempah feri anda? Lazimnya, feri berhenti di semua jeti utama.
Walau bagaimanapun, terdapat sekali-sekala pengecualian, jadi sebaik sahaja menaiki kapal, sahkan laluan feri dengan kru kabin.
Anda boleh membeli tiket anda secara terus melalui kaunter pembelian di Mersing Harbour Centre. Walau bagai manapun, tiada jaminan yang masih ada tempat duduk kosong feri untuk anda kerana pergerakan feri banyak dipengaruhi oleh faktor luar seperti keadaan pasang surut air laut. Oleh itu, adalah digalakkan untuk anda menempah tiket feri anda lebih awal, iaitu secara alam maya terutamanya pada hujung minggu, cuti umum dari juga dari bulan Jun hingga September.
Jika anda ingin menempah tiket feri ke Tioman, pastikan anda memilih penjual tiket yang disyorkan dan dipercayai. Beberapa syarikat jualan tiket feri menyediakan jadual perjalanan feri yang sangat membantu tetapi masa bergerak feri masih juga tertakluk kepada keadaan cuaca, pasang surut dan juga keadaan ombak dan air laut jadi masa pergerakan boleh berubah-ubah.
Tempat Perhentian Feri
ebelum anda sampai ke Tioman, anda perlu memastikan di jeti atau kampong mana terletaknya resort atau hotel pilihan anda. Nama nama kampong ini akan diumumkan apabila anda sampai ke tempat perhentian jadi adalah sangat penting untuk anda tahu dimana tempat untuk anda turun.
Senarai tempat perhentian sepanjang perjalanan feri ke Tioman:
1. Kampong Genting
2. Kampong Paya (Jangan tertukar antara Paya dan Berjaya yang merupakan tempat perhentian seterusnya)
3. Kampong Tekek (Turun disini jika anda ingin pergi ke Berjaya, atau Tekek atau atau Kampong Juara)
4. Kampong Air Batang (Juga disebut sebagai ABC)
x. Panuba Jetty (Jika ada penumpang yang menginap di resort ini)
5. Kampong Salang

Sekiranya anda ingin balik semula ke Mersing, aturan perjalanan balik adalah terbalik, iaitu dari Kampong Salang ke Kampong Genting. Sila tanya pekerja atau krew feri jika anda tidak pasti dimana untuk anda naik atau turun.
Ngomong-ngomong, jika anda pergi ke Kampong Mukut atau Kampong Nipah, sila maklumkan kepada kru feri terlebih dahulu, sehingga mereka tahu ke mana harus pergi, kerana kampong ini tidak termasuk dalam senarai tujuan biasa.
Perlu diingatkan, sekiranya pada hari tersebut pasang surut terlampau rendah, perjalanan pergerakan feri balik ke Mersing mungkin akan tertangguh. Sila periksa waktu bertolak yang dipamerkan atau anda boleh tanya pekerja di terminal feri sebaik sahaja anda sampai di Tioman.
Selamat bercuti ke Tioman
Borang pertanyaan
Adakah anda mempunyai pertanyaan mengenai Tiket Feri Tioman? Hantar ke sini...