Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Tripadvisor
Waktu Mersing:
Mersing Harbour Centre

Kampong Genting















Home > Tioman > Kampong Genting


Kampong Genting

Kampong Genting

Kampung Genting merupakan antara kampong yang paling besar di Tioman. Terletak diantara Kampung Paya dan Nipah, melingkumi kira kira 1.5km persisiran pantai.

Selain daripada pantai yang cantik serta laut yang membiru, Genting juga turut menawarkan kawasan perhutanan dan perbukitan dengan pemandangan alam sekitar yang seindah mata memandang yang menjadi penempatan flora dan fauna serta burung burung berkicauan yang pasti memukau mata memandang.

Menjadi tempat tumpuan utama untuk pelancong lokal dan juga luar negara, Genting juga menempatkan pelbagai jenis hotel bajet, chalet, rumah tumpangan mahupun restoran yang anda boleh jumpa di persisiran pantai Genting.


Kebiasaannya, waktu hujung minggu menjadi tempat perhimpunan dan hiburan dengan pelbagai aktiviti termasuk acara karaoke dan ataupun sekadar tempat lepak untuk pelancong sambil mengelilingi unggun api.

Kebanyakkan daripada pilihan chalet dan resort di Genting terletak di sekitar kawasan cerun bukit di persisiran pantai Genting, jadi, pantai dan juga resort pilihan anda hanyalah sejengkal dan sangat dekat. Keadaan laut disini sekitar Genting agak berbatu tetapi dekat angin yang jernih, yang menjadikannya lebih unik dan juga lebih eksotik.

Terdapat banyak kedai, restoran, kafe, chalets serta klinik dan juga masjid di sekitar kawasan Genting. Anda boleh berjalan jalan di sekitar jalan utama sehingga ke hujung kampung dan ia cuma mengambil masa 30 minutes sahaja.

Anda juga boleh menyewa basikal yang Cuma berharga beberapa Ringgit sahaja jika anda penat dan ingin pergi jauh sedikit daripada jalan utama kampong tetapi jangan lupa, anda harus berjaga jaga dengan biawak dan juga monyet.

Kampung Genting juga menyokong Project Aware.

Borang pertanyaan

Mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kampung Genting? Boleh hantarkan pertanyaan anda ke sini...

  l   w



Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!