Petua & Cadangan
TIP 1: Tidak pasti sama ada anda mahu bergerak ke Tioman dari Mersing atau Tanjung
Gemuk? Untuk makluman anda, kedudukan Mersing lebih dekat dengan Singapura
manakala Tanjung Gemok pula lebih dekat dengan Kuala Lumpur. Walau
bagaimanapun, Mersing tetap menjadi destinasi utama dan lebih ramai pelancong
memilih Mersing kerana perjalanan feri yang lebih dinamik dan selalunya perjalanan
feri lebih daripada satu kali sehari dan bergantung kepada keadaan pasang surut air
laut, manakala kekerapan feri dari Tanjung Gemok adalah sedikit dan lebih tetap.
Turut juga diingatkan bahawa kemudahan awam di Mersing lebih selesa dan lebih
baik daripada Tanjung Gemok disebabkan pembukaan Mersing Harbour Centre, pusat
pelancongan di Mersing yang menawarkan keselesaan terutamanya bagi
backpackers yang ingin jimat duit.
TIP 2: Anda boleh menempah hotel ataupun resort pilihan anda melalui Agoda atau
pun Booking.com. Kebiasaannya, laman web ini menawarkan harga bilik yang lebih
murah dan juga promosi yang boleh menjimatkan duit anda.
TIP 3: Tempat letak kereta yang disediakan di Mersing Harbour Centre berharga RM15
untuk satu malam. Kawasan tempat kereta ini berpagar dan juga selamat tetapi
kebiasaannya akan penuh terutamanya pada hujung minggu ataupun musim
perayaan dan percutian kerana tempat ini adalah kepunyaan Pulau Rawa. Walau
bagaimana pun, terdapat banyak lagi tempat letak kereta yang anda boleh pilih disine.
TIP 4: Vaksinasi yang diwajibkan untuk ke sini vaksinasi untuk demam kuning dan
hanya untuk beberapa tempat sahaja kerana kebanyakkan penyakit berjangkit seperti
Kolera, Cacar Air dan Malaria telah Berjaya dihapuskan sepenuhnya. Walau
bagaimanapun, sekiranya anda pergi mendaki atak ke kawasan pendalaman, lebih
baik sekiranya anda mebawa pil untuk malaria sebagai langkah berjaga-jaga. Atau,
anda boleh dapatkannya disini.
TIP 5: Terdapat beberapa tempat makanan yang menjadi kegemaran penduduk asal
di Mersing Harbour Centre. Jadikan, pastikan anda jangan lupa merasa dan mencuba
makanan disini kerana pastinya berbaloi dan sedap! Cenderamati Tioman yang dijual
disini merangkumi pelbagai types, shapes dan juga saiz yang boleh anda dapati
daripada kiosk-kiosk disini. Anda juga boleh dapatkan potongan rambut ataupun
urutan badan setelah penat seharian berjalan ke Mersing.
TIP 6: Tioman terkenal dengan kawasan selam skuba yang memukau pandangan
mata. Anda ingin dapatkan lesen skuba anda disini? Ataupun sudah mempunyai lesen
dan ingin merasa pengalaman menyelam skuba di Tioman? Anda boleh terus pergi ke
Kaunter 19, segala pertanyaan anda akan terjawab disana.
TIP 7: Ingin merasai pengalaman Tioman sementara kedatangan feri anda? Anda
boleh singgah ke I Love Tioman. Anda boleh dapatkan segala yang
anda nak disini yang anda boleh guna di Tioman nanti.
TIP 8: Sebelum anda berlepas ke Tioman, anda perlu Cukai Pemuliharaan sebanyak
RM30. Perlu diingatkan bahawa cukai ini adalah bagi usaha memelihara dan
memulihara kawasan marin, flora dan fauna di Tioman. Anda akan diberikan resit
sebaik sahaja pembayaran dilakukan.
TIP 9: xxx
TIP 10: Panggilan tempatan boleh dibuat melalui telefon awam menggunakan duit
syiling dan juga kad prabayar. Panggilan antaranbangsa juga boleh dibuat melalui
telefon awam dengan kemudahan kad fon ataupun pejabat Telekom ataupun kafe
internet melalui Skype. Walau bagaimanapun, lebih mudah bagi anda untuk membeli
SIM card prabayar disini ataupun di Tioman kerana harganya agak berpatutan, untuk
panggilan dan juga data. Perlu juga diingatkan bahawa Tioman agak jauh dari tanah
besar jadi rangkaian dan juga line boleh jadi tidak menentu. Kawasan hutan di tengah
tengah pulau juga masih lagi menjadi kawasan yang tiada rangkaian.
TIP 11. Sekiranya anda ingin menyewa kereta di Malaysia, anda perlu memiliki lesen
memandu antarabangsa. Posisi memandu di Malaysia pula adalah disebelah kiri jalan
disini. Perlu juga diingatkan bahawa untuk anda megikut had laju jalan yang
dibenarkan: 50km/h di kawasan Bandar atau perumahan serta 80km/h dan 110km/h
di kawasan lebuh raya.
TIP 12: Jangan lupa untuk bawa baju t-shirt lebih ataupun baju sejuk ketika di feri
kerana kadang-kala penghawa dingin boleh menjadi sangat sejuk, ditambah lagi
dengan air laut yang boleh buat anda menggigil. Cuma bawa baju untuk musim panas?
Anda boleh dapatkan pakaian tambahan disini.
TIP 13: Kebanyakan makanan makanan tempatan di sini agak pedas jadi sekiranya
anda bukan seorang yang tahan pedas, jangan lupa untuk beritahu kepada staff hotel.
Kebiasaanya mereka akan menyediakan makanan anda mengguna kurang cili.
TIP 14: Tidak pasti di jeti atau kampung mana patut anda turun dari feri? Ini adalah
senarai perhentian feri:
1. Genting
2. Paya (Jangan tersilap Paya sebagai "Berjaya", yang merupakan di Tekek)
3. Tekek
4. Air Batang (Juga dikenali sebagai "ABC")
x. Panuba (Hanya apabila terdapat pelancong yang menetap disini)
5. Salang
Hanya perlu terbalikkan susunan perhentian Mersing sekiranya anda ingin balik ke
Mersing atau Tanjung Gemok. Perlu diingatkan bahawa ketika musim monsoon,
perjalanan feri kebiasaanya akan sedikit berlainan jadi, anda boleh saja tanyakan crew
kabin feri sekiranya anda tidak pasti dimana anda mahu turun dari feri.
TIP 15: Sekiranya anda ingin pergi ke Kampung Mukut atau Nipah, anda perlu beritahu
krew kabin derlebih dahulu kerana kebiasaannya kampong-kampung ini tiada dalam
senarai biasa perhentian feri.
TIP 16: Pelancong yang memasuki Malaysia perlu memiliki passport yang sah dan
dokumen perjalanan yang sah, sekurang-kurangnya melebihi 6 bulan daripada tarikh
anda ingin melancong. Kebanyakan daripada pelancong tidak memerlukan visa social
ataupun bisnes. Lebih baik sekiranya anda semak semula dengan kedutaan negara
masing masing bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan passport.
TIP 17: Air paip di Malaysia adalah selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun,
lebih elok sekiranya anda masak terlebih dahulu.
Tip 18: Selain daripada musim monsoon dari November sehingga Mac, kebiasaanya
perjalanan feri adalah tetap dan lancar. Walau bagaimanapun sekiranya anda senang
mendapat mabuk laut, anda boleh dapat ubat mabuk laut seperti Dramamine, yang
boleh anda dapatkan di farmasi di Mersing Harbour Centre.
Cara lain bagi mengelakkan mabuk ketika anda di feri adalah dengan menggunakan
patch bagi mengelakkan rasa mabuk. Patch ini boleh mengurangkan rasa mengantuk
berbanding dengan ubat yang dimakan. Sekiranya semua tetap gagal, jangan risau
kerana pihak feri juga ada menawaran kemudahan bag muntah sekiranya anda
memerlukannya
Tip 19: Ingin tahu cara paling mudah dan murah untuk ke Mersing? Terdapat pelbagai
perkhidmatan bas dan teksi yang boleh anda pilih. Anda boleh menempah tiket dan
tempat duduk bus hanya dengan melalui hujung jari.
Tip 20: Tidak berselera untuk makan makanan yang panas atau berat tetapi tetap inginT
mengisi perut dengan roti atau pastry? Anda boleh pergi ke Sweet Bakery yang terletak
di Mersing Harbour Centre.
Tip 21: Tidak bawa sebarang pelindung matahari ataupun tertinggal penghalau
nyamuk di rumah? Jangan risau kerana anda boleh dapatkannya di kedai runcit di sini.
Tip 22: Risau anda akan kebosanan dan ingin mencari sesuatu untuk mengunyah di
dalam feri? Jangan risau kerana terdapat pelbagai pilihan dari makanan snek tradisional yang anda boleh dapatkan di Mersing Harbour Centre. Atau manjakan diri anda dengan snek lazat oleh Eureka Snacks. Mereka telah menjadi viral di sini juga!
Tip 23: Seeloknya anda menempah tiket feri anda terlebih dahulu terutamanya
sekiranya anda ingin ke Tioman ketika hujung minggu, cuti sekolah ataupun cuti awam
kerana risau tempat duduk feri akan habis. Tempat tempat peranginan semakin
bertambah di Tioman setiap tahun tetapi agak sukar bagi feri memenuhi permintaan
itu kerana keadaan air mersing yang agak cetek. Bagi mengelakkan sebarang kejadian
tidak diingini berlaku seperti kehabisan tiket feri walaupun sudah menempah resort,
adalah lebih baik untuk anda menempah tiket feri terlebih dahulu secara online disini:
Dari Mersing - Jan 2025: |
Dari Mersing, Feb
Dari Tanjung Gemok: N.A.,
[Tanjung Gemok = Teluk Gading]
Pergi ke Kampung Mukut atau Kampung Juara? Klik di sini.
Pro Tip: Tidak tahu jeti mana yang hendak dipilih semasa menempah feri anda? Lazimnya, feri berhenti di semua jeti utama.
Walau bagaimanapun, terdapat sekali-sekala pengecualian, jadi sebaik sahaja menaiki kapal, sahkan laluan feri dengan kru kabin.
Tip 24: Sebaik sahaja sampai di Mersing Harbour Centre dan ingin segera menempah tiket feri atau mengambil tiket feri anda, anda boleh terus pergi ke Kaunter 21. Anda juga boleh dapatkan segala jawaban dan informasi berkaitan Tioman disitu.
Tip 25: Mempunyai sebarang tip atau cadangan mengenai bercuti di Tioman? Anda boleh emailkan kepada kami.