Mersing
Bandar Mersing terletak di hujung Johor, iaitu salah sebuah negeri yang berada di
Selatan Malaysia. Kedudukan Johor menghadap dan berhadapan dengan Singapura,
Laut China Selatan dan jugat Selat Melaka menjadi kan Johor antara salah sebuah
negeri di Malaysia yang dikelilingi oleh laut. Disebabkan itu, terdapat banyak lambakan
pulau pulau di Johor yang cantik dan terutamanya di kawasan Mersing dan sekitar
Pulau Tioman yang menjadikan Mersing sebagai pintu gerbang atau pintu utama
untuk ke Tioman dan pulau pulau disekitarnya.
Perjalanan ke Mersing mengambil masa selama 2 jam sama ada melalui kereta, teksi
ataupun bas sekiranya anda bergerak dari Woodlands CIQ, iaitu Kompleks Imigresen
di Johor Bahru.
Manakala, sekiranya anda bergerak dari Singapura, masa perjalanan mungkin akan
mengambil masa 3-4 jam.
Bagi mereka yang ingin ke Mersing daripada Kuala Lumpur, jangkaan masa perjalanan
dari sana mengambil kira kira 5 jam.
Disebabkan keadaan trafik yang tidak menentu, masa perjalanan mungkin boleh
berubah-ubah jadi adalah sangat penting untuk anda merancang masa ketibaan anda
dengan baik supaya anda tidak terlepas bot atau feri anda ke Tioman, Rawa atau mana
mana pulau yang berada di Mersing.
Catatan: Anda dinasihati untuk menempah awal tiket feri anda kerana keadaan air
pasang surut laut di Mersing adalah tidak menentu, jadi itu akan memberi kesan
kepada jumlah tempat duduk di feri serta kekerapan perjalan feri dalam sehari.
Sekiranya anda ingin bermalam di Mersing, anda boleh senarai dan juga gambaran
penuh tentang tempatan penginapan yang selesa di Mersing, anda boleh dapatkannya
disini.
Borang pertanyaan
Mempunyai pertanyaan tentang Bandar Mersing? Anda boleh utarakan pertanyaan
anda disini...