BAHARU:
Feri dari Singapura
Pantai Desaru!
Setiap kampong Tioman mempunyai sejumlah tempat yang bagus untuk "makan" yang enak, menyajikan apa sahaja dari hidangan sederhana tetapi enak, hingga pesta makanan laut pelbagai hidangan yang hebat
Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Looking for ferry tickets?Tripadvisor
Waktu Mersing:
 
Mersing Harbour Centre

Restoran/Gastronomi Tioman















Home > Tioman > Restoran Tioman

Restoran Tioman

Restoran/Gastronomi Tioman

Jadi anda berada di Tioman dan sedang menikmati percutian yang anda idam.idamkan tetapi bosan dengan makanan yang disediakan dan ingin mencuba sesuatu yang baru? Tambahan pula, apalah makna percutian jika anda tidak mencuba makanan makan tempatan tetapi di manakah harus anda makan? Adakah makanan tersebut selamat?

Mengetahui bahawa makanan- makanan yang disediakan di Tioman adalah selamat untuk dimakan akan memberikan anda keyakinan untuk mencuba makanan tempatan di sini tanpa ragu ragu. Standard kebersihan penyediaan makan adalah setara dan mengikut prosedur yang sudah ditetapkan dan masalah jarang jarang sekali berlaku.

Disebabkan itu, kebiasaannya sushi, sashimi dan penyediaan ikan mentah atau separuh mentah tidak akan disediakan di Tioman dan kesemua jenis makanan harus dimasak sepenuhnya. Peraturan ini juga terpakai untuk makanan BBQ.

Makanan yang disediakan di Tioman adalah pelbagai, dari makanan istimewa yang cuma ada di Tioman untuk sesiapa yang ingin mencuba sesuatu yang baru, hingga makanan barat seperti hamburger, fish and chips, pizza dan juga pasta untuk buat anda rasa seperti di rumah.

Jika anda suka dan berminat ingin mencuba makanan Asia, seeloknya untuk meminta makanan tersebut dimasak kurang pedas. Ini bagi memastikan anda selamat dari nikmat kepedasan sehingga berasap telinga. Setiap kampong di Tioman menawarkan pelbagai jenis kedai makan, dari suasana sederhana kampong ke kafeteria ke restoran makanan laut yang dijamin akan memenuhi kehendak anda.

Kebiasaannya tempat-tempat makan di sini menawarkan kepelbagaian dan pilihan makanan, bukan hanya satu malah dua atau tiga, dan kesemuanya berdekatan antara satu sama lain. Tanpa perlu memenatkan diri, anda boleh menikmati semua ini tanpa perlu berjalan jauh.

Berikut adalah senarai tempat-tempat makan yang terkenal di Tioman: (Sila beritahu kami jika ada ingin mendapatkan cadangan yang lebih baik agar lebih kena dengan selera anda)

Aqiss Bistro
Citra Anugerah
Pawana Restaurant @ Tunamaya
Restaurant Al Jannah
Restoran Delima
Sarang Seafood Village
Sea View Chinese Restaurant
Sri Nelayan Restaurant @ Berjaya
Tioman Cabana Bistro & Bar

Borang pertanyaan

Adakah anda mempunyai pertanyaan mengenai Restoran/Gastronomi Tioman? Hantar ke sini...

  l   w



Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!