BAHARU:
Feri dari Singapura
Pantai Desaru!
Pesanlah bilik hotel feri dan Tekek Tioman anda secara dalam talian dan temui syurga sejati di pulau tropika yang dikelilingi cahaya matahari yang mesti dipercayai
Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Looking for ferry tickets?Tripadvisor
Waktu Mersing:
 
Mersing Harbour Centre

Kampong Tekek















Home > Tioman > Kampong Tekek

Kampong Tekek

Kampong Tekek

Tekek, walaupun hanya sebuah kampung tetapi cukup besar untuk dianggap sebagai hati dan juga ibu tumpuan bagi Pulau Tioman. Dengan kepanjangan pantai dan teluk sepanjang 3 kilometer dengan posisi menghadap ke barat pulau, Tekek merupakan perhentian ketiga sekiranya anda datang dari jeti Mersing melalui feri.

Tekek terletak bertentangan dengan Kampung Juara yang terletak di bahagian pantai timur Tioman. Oleh itu, anda perlu memandu melintasi pulau dari Tekek untuk ke Juara dengan menggunakan teksi.


Kampung Tekek telah menjadi maju sedikit demi sedikit dan perkembangannya dapat dilihat dari tahu ke tahun seperti kompleks ketibaan dan juga infrastruktur dan kemudahan asas yang baik seperti kedai runcit, kedai makan, sekolah serta bank kecil dan juga ATM. Tekek juga mempunyai jalan konkrit dan kawasan lalu lintas bermotor untuk kereta, seperti SUV dan 4x4 yang biasanya digunakan untuk mengangkut pelancong ke sana kemari.

Tambahan pula, satu satunya lapangan terbang yang ada di Pulau Tioman terletak di Tekek. Tekek juga menjadi ibu kepada beberapa kompleks kerajaan seperti marina kapal layar dan juga kompleks imigresen. Tekek merupakan bebas cukai samada daripada segi barangan mahupun penginapan jadi barangan akan menjadi lebih murah di sini.

Tekek juga merupakan rumah kepada hutan hujan khatulistiwa dan menempatkan bunga Rafflesia; yang merupakan bunga terbesar di dunia, selain menjadi penempatan kepada flora dan fauna, kehidupan liar serta kawasan air terjun. Tekek turut menawarkan aktiviti selam skuba di Taman Laut Tekek dan Pulau Renggis yang pasti menjadi syurga untuk penyelam skuba.

Tekek juga merupakan pusat dan pengkalan utama untuk selam skuba di Tioman, dari Tekek para penyelam skuba akan bertebaran ke sekitar Pulau Tioman untuk menikmati aktiviti selam skuba. Sekiranya anda berminat untuk selam skuba dan ingin belajar terutamanya untuk penyelam skuba kali pertama, terdapat banyak sekolah menyelam di Tekek yang boleh membantu anda.

Kampung Tekek menyokong Project Aware.

Borang pertanyaan

Mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kampung Tekek? Boleh hantarkan pertanyaan anda ke sini...

  l   w




Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!