BAHARU:
Feri dari Singapura
Pantai Desaru!
Tempah bilik hotel feri dan Paya Tioman anda dan alami pantai tropika Paya yang indah dan keramahan kampung tradisional.
Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Looking for ferry tickets?Tripadvisor
Waktu Mersing:
Mersing Harbour Centre

Kampong Paya















Home > Tioman > Kampong Paya

Kampong Paya

Kampong Paya

Kampung Paya terletak di kawasan pantai barat daya Tioman, dia antara Genting dan juga Tekek. Sekiranya anda ingin ke sini, Paya merupakan perhentian kedua di dalam jadual perjalanan feri dari Mersing.

Paya menawarkan persisiran pantai yang indah, seindah mata memandang. Paya juga menempatkan Gunung Kajang yang merupakan bukit tertinggi di Pulau tioman, oleh itu, Paya mempunyai banyak kawasan teduhan daripada sinaran matahari terutamanya di pagi hari.


Paya menjadi antara pilihan utama pelancong luar Negara terutamanya pelancong dari Singapura kerana kebanyakan gaya hotel dan resort di kawasan Paya bersifat tradisional dan juga selesa. Jangan salah faham, walaupun gaya mereka bersifat tradisional, walaupun begitu, resort-resort dan chalet chalet di Paya masih menawarkan perkhidmatan penghawa dingin dan juga pancuran air panas. Sebilangan daripada resort dan chalet di Paya dimiliki dan dikendalikan oleh orang Singapura kerana Paya merupakan pilihan utama pelancong dari negeri seberang itu.

Sekiranya anda ingin lari dari kesibukan kota dan ingin merehatkan diri pada hujung minggu, Paya merupakan pilihan yang tepat untuk anda dan mempunyai segala galanya untuk anda menikmati rehat dan menenangkan fikiran. Kemudahan yang ada di Paya cukup lengkap termasuk spa yang terbukti mampu memanjakan diri anda dan juga pelbagai jenis restoran bagi memenuhi selera anda. Anda juga boleh memilih untuk menempah promosi all-in-one bagi memudahkan dan menjimat masa dan wang untuk anda merehatkan diri anda.

Sekiranya anda bercadang untuk pergi menyelam skuba, jangan risau kerana ada pusat skuba yang menawarkan perkhidmatan mengajar selam skuba di sekitar kawasan Paya. Kebiasaannya, anda akan dibawa ke lokasi menyelam yang terletak berdekatan dengan ABC dan Salang. Bagi penyelam kali pertama, Pulau Renggis seharusnya menjadi pilihan anda kerana bukan sekadar kawasan terumbu laut yang berwarna, memukau mata sserta air laut yang jernih dan juga selamat untuk pemula.

Kampung Paya menyokong Project Aware.

Borang pertanyaan

Mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kampung Paya? Boleh hantarkan pertanyaan anda ke sini...

  l   w



Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!