BAHARU:
Feri dari Singapura
Pantai Desaru!
Pesanlah feri Tioman dan Kampong ABC anda di sini dan nikmati yang terbaik yang ditawarkan Pulau Tioman yang menakjubkan
Mencari teksi ke Mersing Harbour Centre?Mencari bus ke Mersing Harbour Centre?Mencari kereta api?Mencari tiket kapal terbang?Looking for ferry tickets?Tripadvisor
Waktu Mersing:
 
Mersing Harbour Centre

Kampong ABC















Home > Kampong Ayer Batang

Kampong ABC

Kampong ABC

Air Batang, atau Ayer batang ataupun lebih dikenali sebagai Kampung ABC merupakan salah satu kampung yang kurang mendapat tumpuan di pantai barat Pulau Tioman berbanding Tekek. ABC terletak betul betul di utara Tekek dan selatan Salang dan merupakan perhentian keempat sekiranya anda menaiki feri dari Mersing.


Semenjak dari awalnya lagi, ABC merupakan pilihan dan kegemaran backpacker kerana terkenal dengan hotel dan chalet yang murah, sesuai untuk pelancong yang bercuti dalam bajet terhad. Walaupun hanya menawarkan kemudahan asas sahaja, tetapi cukup untuk menjadi pilihan peminat backpacker.

Walau bagaimanapun, sebilangan besar chalet di ABC telah menaik taraf kemudahan penginapan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ini menyebabkan kenaikkan harga walaupun selesa dan ini sedikit sebanyak member kesan.

Bersuasanakan gaya tradisional, imej Kampung ABC yang bersifat santai menjadi pilihan sebagai tempat berehat atau melepak seperti kata penduduk tempatan, “Lepaklah”.

Bagi yang lebih memilih untuk menghabiskan masa percutian dengan aktiviti yang menyeronokkan, anda boleh menikmati aktivit selam skuba di teluk karang ABC kerana airnya yang cukup jernih dan bersih. Anda juga menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah di tepi pantai kerana kawasan Kampung ABC agak sejuk dan sesuai untuk anda menikmati masa rehat disini.

Lepaklah.

Kampung ABC menyokong Project Aware.

Borang pertanyaan

Mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Kampung ABC? Boleh hantarkan pertanyaan anda ke sini...

  l   w




Book your hotel or resort room online now - Save up to 50%!