
Kampong Salang
Kampung Salang terletak di hujung utara Tioman. Untuk sampai ke sini, anda perlu turun di perhentian feri terakhir feri - iaitu perhentian selepas ABC sekiranya anda datang dari Mersing.
Salang menjadi pilihan dan terkenal di kalangan pengunjung dan pelancong muda sebagai lokasi untuk berjemur di bawah sinaran matahari. Pada malam hari pula, dibawah cahaya bulan, Salang merupakan kawasan hiburan utama, dengan pub dan tempat hiburan yang dihiasi dengan alunan musik Jamaica yang pasti membuatkan anda ingin menari. Suara ambient angin lembut dari laut Salang dan juga tradisi penyalaan unggun api dibawah cahaya bulan pasti membuat malam anda menjadi lebih bermakna.
Nama Salang meniti di bibir laman laman sesawang dan menjadikan Salamg sebagai Pusat Utama Selam Skuba di Tioman. Salang dipenuhi dengan dengan pusat pusat selam skuba dan juga bot bot kecil asyik berulang alik kesana kemari membawa pelancong ke Coral, Batu Malang dan kawasan terumbu karang lain di sekitar Tioman.
Salang juga menempatkan pelbagai pilihan hotel bajet yang berpatutan di sepanjang persisiran pantai dan juga kawasan pendalaman bagi mereka yang ingin kan cabaran. Terdapat banyak kedai dan restoran restoran kecil yang hampir semuanya perniagaan milik keluarga jadi, Salang tidak lah semaju Tekek kerana suasananya lebih bersifat tradisional dengan pemandangan desa yang menawan yang menjadi habitat alam semula jadi di kawasan hutan yang masih belum lagi disentuh orang. Sekiranya anda ingin betul betul merasa dengan dengan alam dan fauna dan menikmati keindahan alam semula jadi, maka Salang merupakan pilihan yang tepat dan sesuai untuk anda.
Dengan air laut yang jernih membiru dan pantai yang indah, Salang turut menempatkan Monkey Bay dan juga Monkey Beach yang merupakan tumpuan utama Salang, yang cuma ada Tioman jadi jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
Kampung Salang menyokong Project Aware.