Tol Tioman
Terdapat yuran Pulau Tioman yang harus dibayar untuk ke Tioman, ataupun lebih dikenali sebagai Tol Tioman dan ianya harus dibayar oleh semua pelacong Tioman sebelum anda menaiki feri. Bayarannya Cuma RM20, walau bagaimanapun, anda hanya perlu membayar RM15 sahaja sekiranya anda seorang pelajar. Bayaran Tol Tioman ini hanya perlu dibayar sekiranya anda melalui perairan Mersing, walaupun bagaimanapun, bagi pengunjung yang datang dari Tanjung Gemok, mereka tidak perlu membayar Tol Tioman ini.
Berasingan dengan Tol Tioman, anda juga perlu membayar caj yang dikenali sebagai Marine Park Fee atau juga dikenali dengan nama Tioman Conversation Fee. Bayaran ini adalah sebanyak RM30, walau bagaimana pun kadar bayaran untuk warga tua, pelajar dan juga placing IKO adalah sedikit berbeza dan mempunyai diskaun. Untuk lebih terperinci, anda boleh pergi ke pautan ini.
Borang pertanyaan
Mempunyai pertanyaan mengenai kadar bayaran ini? Anda boleh hantarkan pertanyaan anda ke sini...