Pub & Bar di Tioman
Sesetengah orang lebih memilih untuk menikmati kehidupan malam dan mengunjungi pub selepas seharian berada di bawah sinaran matahari, anda tidak perlu risau kerana terdapat lebih daripada 10 pilihan pub dan bar yang bertebaran di sekitar Pulau Tioman. Kebanyakkan daripada pub-pub ini terletak di sekitar kawasan yang berhampiran dengan pantai dan kesemuanya menjanjikan suasana yang santai diiringi dengan musik pilihan anda.
Memandangkan Tioman telah diberi status bebas cukai pada tahun 2004, jadi kebanyakan minuman beralkohol berharga lebih murah daripada kawasan daratan kerana anda tidak perlu membayar cukai.
Kebetulan pula, kebiasaan pub dan bar di Tioman tidak mempunyai ramai pengunjung dan pelanggan yang menjadikan malam malam anda di sana terasa lebih eksklusif.
Ini kerana Tioman merupakan pulau yang mempunyai majority Melayu dan beragama Islam jadi adalah sangat penting untuk menghormati komuniti dan masyarakat di Tioman.
Ingin tahu dimana pub dan bar di Tioman?
Kami ada senarai dibawah yang boleh membantu anda dan dijadikan sebagai panduan.
- A Peace Place
- Ella's Place
- Ketapang Roof
- Mandi-Mandi @ Japamala Resort
- Ombak Bar @ Tunamaya Resort
- Sunset Bar
- Tioman Cabana Beach Bistro